The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Ahmad Zikri Disenaraikan Salah Satu Pemain Muda Terbaik ASEAN

Jun 11, 2021 - FAS

Pemain pertahanan kiri muda Selangor, Ahmad Zikri baru sahaja di senaraikan dalam '25 Best ASEAN Wonderkids' (25 Pemain Muda ASEAN Terbaik) oleh Goal Asia, sebuah majalah bola sepak antarabangsa.

Disenaraikan di kedudukan ke-24, Ahmad Zikri merupakan pemain muda kedua yang diserap masuk ke pasukan utama Selangor FC oleh Pengarah Sukan Selangor FC, Michael Feichtenbeiner dalam musim pertamanya bermain di liga domestik.

Artikel penuh boleh dibaca di sini.

Musim lalu, beliau merupakan antara tonggak pasukan Selangor FC 2 yang telah bermain 90 minit dalam sembilan perlawanan di posisi bek tengah, bek kiri dan no.6 sepanjang beraksi di Liga Premier.

Dengan aksi cemerlangnya, Ahmad Zikri diserap ke pasukan utama Gergasi Merah dan bermain 90 minit dalam dua perlawanan iaitu di aksi terakhir Liga Super 2020 menentang Felda United dan Piala Malaysia melawan Melaka United sebelum saingan itu dibatalkan akibat Covid-19.

Pada bulan Disember 2020, beliau dan empat pemain Selangor FC 2 telah secara rasmi membarisi pasukan utama Selangor untuk musim ini. Ahmad Zikri telah beraksi di bek kiri dalam lima perlawanan dengan 303 minit permainan di saingan Liga Super 2021 setakat ini.

Selangor FC mengucapkan tahniah kepada Ahmad Zikri. Semoga terus berusaha untuk beraksi dengan cemerlang bersama pasukan.

Demi kebanggaan.